Current Issues, Thoughts

Salam Maulidur Rasul

(lame x post)

Salam  Maulidur Rasul wahai dunia.

Ak ade tengok video ceramah ustaz yang hebat berceramah dan ak suke tengok ceramah die. Menyayat hati. Memang penceramah arab ni something. Ustaz Habib Ali. Kakak usrah ak yang share. Malangnye ak tak penah pulak datang usrah dengan pendrive. So tak dapat ambik la.

Semasa khutbah perpisahan, baginda bersabda,

“Seseorang itu telah diberi pilihan antara kehidupan dunia dan menghadap Allah.”

Lalu dia memilih untuk menghadap Allah. Kembali menghadap Allah.

Adakah Allah itu akan berakhir hayatNya wahai orang2 yang berakal?

Adakah hubungan dengan Allah itu akan bertemu dengan penamatnya?

Hubungan dengan Allah sebenarnya adalah kehidupan itu sendiri.

Malaikat Maut telah datang ke rumah baginda pada hari kewafatannya dan meminta izin untuk masuk.

Katanya “Allah telah merinduimu.”

Adakah perpindahan kepada Tuhan yang merindukannya satu kematian,wahai orang2 yang berakal?

Malaikat Maut bertanya,

“Jika engkau kehendaki, aku akan mencabut rohmu menemui Allah. Jikalau tidak, aku akan biarkan mengikut tempoh masa yang engkau inginkan”

Baginda memilih Allah Ta’ala.

Semasa Rasulullah SAW sedang ditarik nyawanya, baginda mengerang kesakitan akibat kesakitan sakaratulmaut yang amat sangat. Rasulullah bersabda, “Berlembutlah dengaku wahai saudaraku Malaikat Maut!”

Malaikat Maut menjawab “Sesungguhnya peritnya sakaratulmaut adalah 20 kali ganda kesakitannya. Lebih perit dari pedang yang ditusuk ke dalam.”

Mendengar kata2 Malaikat Maut, baginda berdoa “Ya Allah! Ringankan kesukaran maut terhadapku dan untuk umat ku…!” berulang kali.

Bagaimana roh kita tidak bergetar merindui Baginda?

Bagaimana kita lupa perintah untuk  mencintainya?

Ni part2 yang ak rase nak kongsi. Tontonla video penuh di sini. Kepada ak dan kepada semua yang terbaca blog ak.

Selawat ke atas mu, wahai kekasih Allah.

Standard
Thoughts

Ahli Baru

Salam!

Post khas utk memberitahu dunia (konon) yang anak saudara ak yg ketiga baru selamat dilahirkan..

Nama : (n/a)

Masa lahir : 3.56am

Tarikh Lahir : 8th February 2010(Isnin)

Tempat Lahir : Selayang Hospital

Berat : 2.6kg

Jantina : Perempuan

Warganegara : Malaysia

Selamat datang ke dunia ni! Dunia yang tak selamat, penuh dugaan, dan manusia2 yang macam2 pegangan. Tak best sangat pun! Selamat lagi duduk dalam perut mak. Tapi yelah. Semoga akan membesar dengan sihat dan solehah.

Standard
Thoughts

On The Eve of Mid Sem Exam…

Salam.

Yaa..sudah lame tak menulis. Boleh tahan lame. Terasa ketinggalan di belakang bloggers aka classmates ak..hak3

Ak baru discover beberapa blog baru yang ditulis oleh classmates ak. Ni yang terbaru. Memang best stalk blog orang ni. Haha

Seperti tajuk nye, esok Mid Semester Exam. Bak kate mak ak, asyik2 exam. Memang pun. Tapi kalau tak exam habis la tak sentuh notes kan? Orang2 macam ak ni la. =p

Pelbagai Sistem Tubuh & Terapi

Antiinfektif & Lain-Lain Kemoterapi

Pensterilan & Teknik Aseptik

Analisa Farmaseutikal I

teknologi Farmaseutikal I

Amalan Farmasi I ( T_T)

Hari ni ak pergi hospital kerana *kurang* sihat. Tak pe lah. Kite tengok ape result nanti. Segala datang dari Allah, bak kata mak ak lagi.

Kakak ipar ak yang kedua InsyaAllah bersalin hari ni…Dah ade tanda2. Tapi doc suruh rehat dulu. Waaah! Selamat datang baby baru!

Adik jantan ak tu pulak baru balik dari perkhemahan kat perkarangan sekolah kitorang dulu (SRIAAG). Die kate mase ‘berkawal’ malam, die dgn member die ternampak hantu pocong….(kesahihan cerita tak dapat dipastikan hahahhaa) Takut budak tu. Haih…hidup ni panjang lagi. Benda2 ni kire pengalaman hidup la. Ngehhh

Ak pulak?

Rasa macam tak logik dapat habiskan semua notes.

OK that’s all for this post. Semoga Berjaya!



Standard