(lame x post)

Salam  Maulidur Rasul wahai dunia.

Ak ade tengok video ceramah ustaz yang hebat berceramah dan ak suke tengok ceramah die. Menyayat hati. Memang penceramah arab ni something. Ustaz Habib Ali. Kakak usrah ak yang share. Malangnye ak tak penah pulak datang usrah dengan pendrive. So tak dapat ambik la.

Semasa khutbah perpisahan, baginda bersabda,

“Seseorang itu telah diberi pilihan antara kehidupan dunia dan menghadap Allah.”

Lalu dia memilih untuk menghadap Allah. Kembali menghadap Allah.

Adakah Allah itu akan berakhir hayatNya wahai orang2 yang berakal?

Adakah hubungan dengan Allah itu akan bertemu dengan penamatnya?

Hubungan dengan Allah sebenarnya adalah kehidupan itu sendiri.

Malaikat Maut telah datang ke rumah baginda pada hari kewafatannya dan meminta izin untuk masuk.

Katanya “Allah telah merinduimu.”

Adakah perpindahan kepada Tuhan yang merindukannya satu kematian,wahai orang2 yang berakal?

Malaikat Maut bertanya,

“Jika engkau kehendaki, aku akan mencabut rohmu menemui Allah. Jikalau tidak, aku akan biarkan mengikut tempoh masa yang engkau inginkan”

Baginda memilih Allah Ta’ala.

Semasa Rasulullah SAW sedang ditarik nyawanya, baginda mengerang kesakitan akibat kesakitan sakaratulmaut yang amat sangat. Rasulullah bersabda, “Berlembutlah dengaku wahai saudaraku Malaikat Maut!”

Malaikat Maut menjawab “Sesungguhnya peritnya sakaratulmaut adalah 20 kali ganda kesakitannya. Lebih perit dari pedang yang ditusuk ke dalam.”

Mendengar kata2 Malaikat Maut, baginda berdoa “Ya Allah! Ringankan kesukaran maut terhadapku dan untuk umat ku…!” berulang kali.

Bagaimana roh kita tidak bergetar merindui Baginda?

Bagaimana kita lupa perintah untuk  mencintainya?

Ni part2 yang ak rase nak kongsi. Tontonla video penuh di sini. Kepada ak dan kepada semua yang terbaca blog ak.

Selawat ke atas mu, wahai kekasih Allah.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s