Salam.
Dapat email dari Mama pasal isu terhangat di pasaran ni.Tak tau la kan kalau ade org yg tak perasan.

Artikel

perlu diingat, sama ada nama Allah digunakan di dalam Bible atau tidak, itu tidak sama sekali  penting untuk kita, kerana Bible bukan rujukan kita tetapi Al-Quran. Oleh itu, merujuk  kepada bible dalam mencari pendirian dalam hal ini adalah salah sama ada secara sedar atau tidak sedar. Umat Islam hanya merujuk Al-Quran dan Hadis dalam menentukan sikap dan pendirian, bukan Bible. Apatah lagi menurut keyakinan Islam, bible yang wujud hari ini bukanlah sama sepenuhnya dengan injil yang diturunkan kepada Nabi Isa as beribu tahun dahulu.TETAPI ..

Namun demikian, itu adalah dalam konteks penelitian dalil dan nas, atau konteks ilmiah. Dalam konteks kesesuaian dan Siyasah Syari’yyah khususnya bagi mengelakkan salah guna dan kekeliruan khususnya di Malaysia, saya cenderung untuk BERSETUJU LARANGAN PATUT DIBUAT oleh pihak kerajaan atau Kementerian Dalam Negeri (KDN)

Selain itu, saya juga tidak setuju istilah lain seperti solat, kaabah, masjid digunakan oleh pihak selain Islam untuk ibadat dalam agama mereka.

Memang benar, mudarat dan maslahat mungkin sahaja berbeza mengikut penilaian masing-masing, dan tentunya ia bakal memberikan kecenderungan berbeza-beza. Namun pada hemat dan penilaian saya, unsur kemudaratan lebih wajar dielakkan dalam hal ini.

Ak setuju lah jugak dgn artikel ni.Yang penting,berbincang jangan emosional.Mencarut2 la ape la.Tapi tengah cakap pasal isu nama Allah.Ape citer kan?Agak2 la.Last2 rujuk la orang2 agama…dari gune pendapat sendiri.Kau ingat ni isu harga gula naik ke?Suke hati kau je.Pakai la otak tu jangan nak pakai emosi je.Tak kemana la jawabnye.

Ape2 pun,bagi ak orang Malaysia ni HIPOKRIT.Tahap gaban punye hipokrit.Mual ak sampai ke tekak.Memang sesungguhnya Malaysia memerlukan lagi ramai orang agama yg pandai dan berani berhujah.Dan dapat tegur rakyat jelata yg tak berapa nak betul ni.Yang ak menyampah tu,time2 macam ni la pulak ramai bising.Time isu Kartika tu,bekap2.Time isu poligami,bantah pulak.Padahal terang2 tengah mengharamkan benda yg halal.Ak hidup dalam keluarga yg berpoligami.Memang tak nice.Tapi jangan la emosi sampai kata haram pulak.Kalau kau tu Ustaz ke Ustazah ke ulamak ke takpe la jugak.Mungkin ada point.Menyampah gile ak.

Pendapat orang yg sokong isu nama Allah ni dikata hina agama la,ancam kedudukan Islam la.Dengar la dulu pendapat org ilmiah.Benda2 macam ni bukan senang2 terus nak mencarut je.Eyy.Melatah cepat.Padahal lifestyle langsung tak Islamik.

Whatever.Mohon diberikan kesabaran dari Allah SWT.

Pape pun,ak setuju dgn pendapat yg kata kite kena pandang isu ni positively, yg isu ni is a blessing in disguise.Mungkin.At least non-muslim lagi curious nak tahu tentang agama kite berbanding orang Islam sendiri.Lagipun,isu ni membuatkan semua rakyat jelata yg beragama Islam bangun dari tempat duduk dan kaji/bertanya tentang isu ni.Contohnye ak.Hehe.Kalau tak keluar isu ni,ak pun tak pernah terfikir…

Ok.Sambung assignment!

Advertisements

3 thoughts on “Isu Nama Allah : Ulasan Ustaz Zaharuddin

  1. tahu je org2 mesia mcm mana respon nya bila isu ni mula dibangkitkan. *sigh*

    tapi sentiasa sedar yang nnt tampuk kepimpinan akan beralih kepda kita, org2 muda. hoho, sudah bersediakan mencah untuk jadi pemimpin?

    heheeee..

    Men! ana dh link blog enti kat blog ana(br sempat nk buat. selama ni bzzzz)
    habis la enti, akan konpem akan rajin jenguk sini n komen2.. ngeee

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s