Salam

Macam biasa dah lame tak post.Sebab?Problem biasa gak.Internet kong.Tapi baru-baru ni Wireless KL dah Ok.So sekarang tgh gune P1HotZone.

Macam-macam nak cerita-ceriti…

Ak start dgn perkara yang paling latest sekali. Praktikal Kosmetologi yang baru dibuat hari ni. Buat Blusher. Tak pernah ak fikir macam mane nak hasilkan Blusher. Tambah2 7 jenis bahan (semua powder)…dan tiba mase mixing colour, perghh best! Seronok sangat campur warna. Ak siap campur sampai 4 warna. Hahaha rakus betul. Tapi serius seronok. Setakat ni (2 je) praktikal Kosmetologi best gila. Lecturer sporting, buat pun tak rushing. Hasilnye pulak (walaupun selalu tak perfect) menarik. Rasa puas bile tengok hasil…Kali lepas, kitorang buat Shampoo. Adoiii! Susah. Malu la sebab kumpulan ak yang paling pelik. Basic shampoo jadik Cream shampoo. Padahal malam sebelum tu ak tidur kol 3am lebih semata-mata search maklumat pasal Shampoo formulation. Dr Mumtaz siap tangkap gambar shampoo kitorang masa tengah kacau dalam mortar tu. Hahaha cehhhhh.

Blusher buatan kami
Blusher buatan kami

Pastu, tentang pemergian arwah Ustaz Asri Rabbani ke rahmatullah baru beberapa hari lepas. Ya Allah sedihnye ak. Bukanlah pendengar setia IKIM atau Rabbani sangat (selalu Hitz FM atau Fly FM) tapi hello,siape tak kenal Rabbani? Masa innocent dulu, masa kecik2 dulu, ak kire membesar dengan lagu nasyid diorang ni la. Rabbani, Raihan dan ade lagi ahli kumpulan lain masa diorang kumpulan NahwanNur. Mase tu ak kecik gile. Tapi lagu diorang ni la yang selalu berkumandang kat rumah. Mak ayah ak memang pendengar setia IKIM dan nasyid2. Ak sedih dan terkejut. Memang Allah sayang kat dia kot. Sedih sebab tak sempat Ramadhan. Ustaz Asri memang seorang insan dakwah dan seni yang diingati. Ak rase 1 industri seni rase kehilangan. Setahu ak, artis2 biasa (bukan nasyid) pun hormat kat arwah. Semua orang pun tau Amy Search baik sangat dgn arwah. Ak doakan wife dan anak2 dia untuk kuatkan semangat…

Emm..ape lagi…?Pasal family vacation ke Cameron Highlands minggu lepas. Best! Family vacation. Takkan la tak best. Lagipun pertama kali abang sulung ak dan keluarga dia ikut sekali. Ade la anak2 sedare yang comel tuuu. Huhu. Masa naik bukit tu maghrib. Ak, kakak ak n ayah ak berborak je. Tak sangka Cameron Higlands sejuk lagi. Last time ak pegi, lebih kurang macam ni la. Tapi sebab kesuntukan masa, tak pegi mana2 sangat. Cume tempat wajib, memang pegi la. BOH Tea Plantation. Kalau dah pegi tu, memang mendaki la kan. Haha. Tempat tu ade banyak makna pada ak. Ak suka sangat datang situ. Setakat ni dah 3-4 kali. Mesti mendaki pulak kan. Gerimis2 pun naik je.

DSC00431

Ok la.

1.53am.

Esok kelas kol 10am sok. Kelas paling lambat setakat ni..

Ada mase sambung post lagi. =)

Advertisements

2 thoughts on “Setakat Ni

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s