Current Issues

E-Mail : Antara Rumah Setinggan Berembang & Banglo B.Antarabangsa

-Email yang ak dpt dari seorang kawan.Fikir fikir kan..-

Roboh: Antara Rumah Setinggan Berembang dan banglo Bukit Antarabangsa

Pada 17 November 2006 beberapa buah rumah di Kg. Berembang roboh menyembah bumi dek kerakusan orang-orang besar Umno dalam Permodalan Nasional Selangor Bhd (PNSB). Operasi Perobohan itu dilakukan oleh anggota Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), atas arahan PNSB dan berlajutan dalam 3 siri yang berikutnya iaitu pada 20 dan 30 November 2006.

Para penduduk kecewa dan kesal akan penindasan itu. Sebahagian penduduk bersetuju untuk pindah ke Puchong dan menginap di rumah Flat yang disediakan oleh PKNS. Sebahagian lagi berkeras menuntut keadilan dan ganti rugi. Mereka terus berkampung dipinggir kampung mereka sehinggalah Kerajaan Pakatan dibentuk pada 8 Mac lalu dan membela nasib mereka.

Operasi terakhir pada 7 Mac 2007 menyaksikan semua rumah penduduk termasuk sebuah Surau dirobohkan walaupun, rayuan penduduk masih di dengar di Mahkamah.

Asalnya tanah-tanah Kg. Berembang itu diteroka oleh datuk nenek mereka dan setelah beberapa generasi, Kerajaan Selangor yang ketika itu diperintah oleh Barisan Nasional enggan memberikan geran tanah kepada mereka.

Dalam diam, Kerajaan BN telah mengeluarkan surat geran kepada beberapa pemimpin dan pelobi Umno yang kaya raya untuk memiliki tanah-tanah di Kg. Berembang. Pemilik geran ini kemudiannya menjual semua tanah-tanah itu kepada PNSB setelah Kerajaan mengumumkan untuk melaksanakan projek Damansara-Ulu Kelang Expressway (DUKE) yang turut melibatkan kawasan Kg. Berembang.

Setelah pindah milik dibuat, PNSB mengunakan kuasa mahkamah, Polis, Rela dan MPAJ bagi mengusir para penduduk.

Rumah penduduk dirobohkan tanpa sebarang ganti rugi. Kemusnahan ratusan ribu harta benda penduduk Kg. Berembang tidak dipedulikan sesiapa termasuklah Perdana Menteri dan pemimpin Umno walaupun mereka tahu bahawa penduduk Kg. Berembang adalah penyokong kuat Umno selama ini.

Melihatkan keadaan yang terbiar itu, misi kemanusian dihantar oleh NGO dan bantuan makanan dan peralatan Khemah disalurkan sambil turut berdoa akan kejatuhan Kerajaan BN di Selangor. Doa orang-orang dizalimi ini makbul dan Kerajaan zalim BN tumbang di Selangor. Walaupun mereka tidak mendapat semula rumah dan tanah yang dirampas, tetapi harapan untuk keadilan dan hidup yang lebih baik itu ada bersama Kerajaan Pakatan.

Kisah Penduduk Bukit Antarabangsa

Bukit antarabangsa juga dikenali sebagai Beverly Hills Malaysia kerana didiami oleh ramai artis, VVIP dan orang-orang kaya di Malaysia. Malah ada yang mengatakan bahawa pemilik rumah di Bukit Antarabangsa sebenarnya mempunyai beberapa unit rumah lain ditempat lain dan sememangnya mereka yang duduk disitu adalah dari golongan yang kaya, sama ada kaya dengan pendapatan yang tinggi atau yang kaya Hutang.

Bukit Antarabangsa terbahagi kepada beberapa kawasan utama iaitu, Taman Bukit Jaya, Taman Bukit Mewah, Taman Bukit Utama, Taman Bukit Mulia dan beberapa lagi. Banyak juga kondominium mewah terletak dikawasan ini dan yang paling terkenal adalah Highland Tower yang runtuh pada tahun 1993.

Boleh dikatakan bahawa kawasan Bukit Antarabangsa ini agak eksklusif dinegara ini walaupun hakikatnya kawasan itu asalnya adalah kawasan Hutan Simpan Kerajaan Selangor. Sejak bila tanah itu bertukar status tidak pula dinyatakan. Para pemaju berebut-rebut untuk memiliki tanah dan membuat pembangunan dilereng-lereng Bukit Antarabangsa.

Kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Najib Razak baru-baru ini yang menasihatkan para pemaju agar tidak lagi mendesak Kerajaan untuk mengeluarkan keizinan bagi pembinaan dikawasan itu sudah cukup untuk menjelaskan apa yang berlaku disebalik berdirinya kediaman mewah disitu.

Pembangunan tidak berlaku jika pemaju tidak mendesak. Tanah Hutan Simpan itu tidak terusik jika tiada kebenaran dari Kerajaan. Kerajaan mana bagi kebenaran? jika dilihat dari usia bangunan disitu bermakna kelulusan itu sudah diperolehi dari kerajaan yang memerintah 20 tahun yang lalu, iaitu Kerajaan BN sendiri.

Selepas tragedi Highland Tower , 1993 industri pembinaan negara mengalihkan tumpuan ke kawasan lain. Tapi beberapa tahun selepas itu, mereka kembali membina banglo mewah lagi atas keizinan pemimpin Umno, yang mana ada juga yang memiliki lot banglo mewah disitu..

Kedegilan mereka akhirnya terbalas jua bila 14 banglo mewah di Taman Bukit Mewah and Taman Bukit Utama musnah dalam kejadian tanah runtuh yang berlaku pada pagi 6 Disember 2008 yang lalu.

Musnahnya banglo orang-orang kaya ini mengejutkan ramai pihak kerana kejadian ini umpama satu malapetaka yang besar hingga melenyapkan seketika berita tentang banjir di Pantai Timur yang berlaku pada masa yang sama.

Bezanya banjir di Pantai Timur sudah biasa berlaku walaupun ianya melibatkan ribuan rumah, tapi di Bukit Antarabangsa ini jarang berlaku walaupun hanya 14 rumah banglo.

Lantaran itu, lebih 3000 pemilik rumah disekitar kawasan berhampiran diarahkan berpindah buat sementara. Proses perpindahan kali ini agak rumit kerana laluan yang tidak sempurna serta banyaknya kereta mewah yang melalui jalan sementara yang disediakan oleh Angkatan Tentera Malaysia. Ini berbeza dengan kisah Berembang, dimana anak-anak kecil mengusung kain baju mereka sendiri dalam baldi untuk menginap dikhemah atau disisa runtuhan rumah mereka.

Bagi penduduk Bukit Antarabangsa yang berpindah keluar, sebahagian besar mereka pindah ke rumah kedua mereka, ada juga yang menginap dirumah saudara mara terdekat. Malah kenderaan untuk pindah barang turut disediakan walaupun terhad.

Menariknya, kejadian ini rupanya belum cukup untuk menumpulkan keangkuhan beberapa orang kaya yang jadi mangsa. Para petugas dimaki hamun kerana didakwa tidak menolong mereka, walhal para petugas itu sudah berharian bertungkus lumus untuk membantu ramai penduduk disitu. Malangnya orang-orang kaya ini tidak faham erti bersabar. Mereka tidak biasa buat kerja sendiri dan hidup susah. Selama ini orang gaji atau pekerja yang diupah yang tolong mereka berkemas dan angkat barang. Kali ini suasana kelam kabut, bila mereka diminta mengangkat sendiri barang ada juga yang merunggut.

Beberapa petugas terkilan dengan sikap mereka hingga ada yang berbisik, “patutlah mereka kena tanah runtuh, mereka nie semuanya orang kaya yang sombong dan berlagak” Ada juga petugas yang kecewa mengajak teman-teman lain balik sahaja, dan tak perlu bantu orang-orang kaya ini. Mujurlah teman itu sempat ditenteramkan dan niat mereka dibetulkan. Sesungguhnya mereka datang kesitu membantu bukan kerana inginkan balasan dari orang-orang kaya itu, tapi kerana sifat kemanusian dan ikhlas kerana Allah.

Begitulah sabarnya para sukarelawan ini. Kejadian ini pastinya memberikan sedikit impak dalam hati mereka, khususnya bagi petugas yang pernah membantu mangsa kezaliman di Kg. Berembang yang tidak jauh dari Bukit Antarabangsa.

Antara Berembang dan Bukit Antarabangsa

Ketika di Berembang penduduk tidak putus-putus ucapkan terima kasih walaupun pertolongan yang diberi tidak seberapa. Tapi lain pula di Bukit Antarabangsa ini. Bukan semua mangsa yang bersikap angkuh, tapi dek kerana ada yang celupar mulut maka yang lain terima tempiasnya.

Moga ini jadi pengajaran, agar esok malapetaka Allah tidak berulang lagi. Sesungguhnya alam yang Allah ciptakan ini juga punyai perasaan, jika dirinya ditoreh dan dilukakan oleh manusia, ia juga boleh meruntuhkan kesombongan manusia dengan caranya yang tersendiri. Kezaliman tangan manusia sering menjadi asbab kepada malapetaka Allah.

Antara Kg.. Berembang dan Bukit Antarabangsa memang jauh nilainya. Nilai rumah penduduk Kg. Berembang hanya setaraf dengan beranda rumah penduduk Bukit Antarabangsa. Tapi bila Allah nak uji, harganya tetap sama, yang membezakan adalah cara penerimaan mereka. Adakah mereka akan kembali sujud pada Allah atau terus angkuh mendabik dada dengan kekayaan duniawi mereka.

Ratusan rumah Kg. Berembang roboh tiada siapa yang peduli termasuk pemimpin Umno, tapi bila 14 rumah orang kaya di Bukit Antarabangsa runtuh pelbagai agensi Kerajaan dan NGO datang membantu. Tabung bantuan khas diwujudkan oleh Umno Ampang. Tapi apa yang mereka beri untuk Berembang yang rata-rata pendapatan isi rumahnya kurang dari RM 3000 sebulan.

Rumah Kg. Berembang roboh ketika anak-anak mereka sibuk menelaah bagi menghadapi UPSR, PMR dan SPM, tapi rumah di Bukit Antarabangsa Runtuh selepas anak-anak mereka puas bermain permainan video game PS2. Begitulah jauhnya perbezaan taraf didunia ini.

Rumah yang runtuh boleh dibina semula dengan wang ringgit, tapi iman yang runtuh dengan kesombongan, Allah sahaja yang tahu pengubatnya.

Kepada  penduduk  Bukit Antarabangsa, bersyukurlah bila ada orang membantu kerana  nasib  anda lebih baik dari penduduk Berembang yang dianak tirikan oleh Kerajaan dan kebanyakkan NGOs selama ini..

Buletin Utama Malam Tadi: Perihal si gempal mengamuk depan Azmin

Apabila menonton berita tv3 malam ini yang menyiarkan seorang penduduk (TUMIRAN MOHD KASDI) marah-marah pada YB, tahap simpati aku kepada segelintir mangsa-mangsa disana makin menurun dan timbul pulak rasa meluat dan menyampah.

Sambil mengamuk dan marah marah sempat lagi membebel@perli yang RELA dan ASKAR tak tolong bini dia angkat KOTAK, dia mendakwa petugas hanya duduk makan kat khemah saja. Orang kaya dah biasa hidup senang…kena sekali-sekala jadi susah mula lah tak tentu arah dan bercakap pun macam orang gila.

Patut nya mamat yang macam ini perangai nya, suruh dia tengok video klip atau photo-photo perobohan penempatan di Kampung Berembang, Ampang, supaya dia insaf sikit atau mengapa tidak rumah mamat ini pun kena timbus juga, supaya tak payah lah bini dia susah-susah nak angkat kotak untuk berpindah, maka tak payah lah dia nak marah-marah orang lain.

Mamat ni tak tahu ke bahawa ada beribu lagi penduduk yang terlibat dalam perpindahan tersebut. Bersabar lah sikit, apakah bila dia mengamuk begitu, pasukan petugas akan terus membantu dia. Aku rasa mamat ni akan di ‘mark’ dan akan disisihkan.

Pada pendapat aku, penyiaran footage itu pun mempunyai maksud terselindung, mungkin untuk memalukan YB. Footage itu disiarkan agak lama, mungkin mengharapkan Y.B pulak naik angin sebab kalau aku memang dah kena penampar dah mamat tu. Oleh kerana lama nya footage itu, kita pun dapat dengar apa yang dimarahkan nya. Nasib baik YB bersikap Profesional. Silap haribulan mamat itu akan diseret ketepi dan mungkin akan di tampar atau lebih malang lagi akan ditangkap atas alasan menimbulkan kekacauan.

Kepada YB, anda telah melakukan yang sepatut nya dan aku berbangga dengan anda.  TV3 memang tidak boleh diharap, terlalu nampak sangat bias nya. Setelah kena maki hamun, aku tunggu juga kalau-kalau TV3 minta komen Y.B, tapi haram tak ada. Yang ada cuma komen TYDP Ampang Jaya.. Itu pun kejap sangat, 5 saat adalah kot.

Sekian. Allah Maha Besar !!!

edyes wrote:
Artikel  di  atas  saya petik sepenuhnya dari blog pemuda besut. Saya amat bersetuju dengan apa yang diperkatakan. Oleh demikian, saya tidak menambah komen  kerana semua yang terbuku di hati setelah melihat Buletin Utama TV3 malam tadi mempunyai banyak persamaan dengan komen di atas.

Untuk melihat artikel asal bersama video klip tersebut, sila klik di sini.
http://bbcatlover.blogspot.com/2008/12/maklumat-dari-bukit-antarabangsa-1.html

Meluat  betul  tengok  si gempal tu menyalak. Salahkan RELA?? Dah nama pun sukarela,  terima  kasih pada mereka yang hadir bantu cukuplah, jangan dok komplen kawan tu rehat makan. Memalukan diri sendiri di prime time TV3 Buletin Utama. TV3 pun ambik kesempatan kononnya si gempal tu dok marah kat  YB yang melawat. Kesian tengok YB

Wednesday, December 10, 2008
Maklumat dari Bukit Antarabangsa 1

Memang Penduduk Bukit Antarabangsa ni mewah semua. Saya ada membantu bersama SKUAD AMK dan UNIT AMAL pada hari Sabtu lepas.

Macam-macam kerenah mereka. Ada yg bawa kucing, anjing, raket tennis, kayu snooker dan macam-macam lagi laaa benda-benda pelik. Sepatutnya bila kena pinda eergency, bawa saja la barangan basic yg perlu. Ini ada yg bawa beg mcm org nak pegi Mekah. Kami lah yg jadi balaci mereka mengankat beg bagak tu naik bukit meniti jalan sementara. Mereka disediakan bas utk ker pusat bantuan di sek Keb Hulu Klang.

Tapi apabila saya ke sek keb Hulu Klang, terkejut beruk, sebab semua mereka takda. Saya tanya kepada petugas disana, mereka kata kebanyakkan mangsa hanya mendaftar diri. Selepas itu mereka akan menaiki teksi untuk ke Hotel-hotel atau kerumah saudara. Apa kelas tidur dlm bilik darjah. Yang membazirnya ialah bantuan seperti selimut, bantal, tilam, makanan dan miniman bertimbun-timbun di relief center. Tapi takda mangsa yg nak di reliefkan. Akhirnya petugas-petugas yg hentam bawa balik air mineral sekotak besar sorang. biskut bertin-tin.

Ahli TKO jangan terkejut jika saya senaraikan makanan dan minuman yg di hantar oleh NGO dan pihak swasta. Ada Mcdonald, ada nasi briani, ada siap air coca cola. Tak heran la nasik bungkus berlauk sardin tak mendapat perhatian. Bersepah-sepah makanan dan minuman. Ada yg ambil air mineral botol besar, minum 2-3 teguk tinggalkan saja di tepi pokok.

Patut lah ALLAH tak habis-habis turunkan bala…..fikir- yang cuba menenangkan keadaan.fikir

Standard
Uncategorized

My Brother’s Wedding

6th December 2008 – Nikah, Majlis Resepsi keluarga perempuan

14th December 2008 – Majlis Resepsi keluarga lelaki

Cinta Di Jambatan.Hahaha

-Khubaib dan Nik Aishah-

Alhamdulillah!!!!Finally my sempoi brother IS married…happily married.My family is so busy with the preparation that we never got to do anything else except things concerning the wedding.Like the hantaran.It’s DIY you know!Hard,but fun.This is the second wedding in my family..My oldest brother already have 2 cute lovely kids.This is the wedding of my brother which is in my Family Connection At Hospital Selayang one.Now,he’s out from Hosp. Selayang and moving to Kuantan with my oldest brother home.In late January/early February he will be leaving the country for Australia,continuing studies,and his wife(my newly sister in-law) stays here,finishing her Medical Degree at UIA Kuantan Campus.Hmmm.Lecturer and Doctor.Good combination maybe.But whatever it is,the two of them is so very sweeeeettt together!!!I can’t help it.

I mean,if you are close with my brother,he’s the sempoi guy type.He’s also very into outdoor activities,and also extreme ones.He likes jungle trekking,hiking mountains,joining expeditions,diving(he’s a very good swimmer),emm what else eh?If we want to go jungle trekking/’picnic’ at the river,he’ll be the only guy in the family to guide us.My father seldom has time to join,so he’s the only one.He’s so simple in dressing.And I mean,simple!Sempoi..Sempoi Guy.

I think his most over-used phrase is “Tade hal laa…” or “Boleh je..no problem”.

Duh.I hate it when he says it sometimes,because he’s so laidback in everything,literally.It’s frustrating.For a girl.Well,one of the things that a female is really good at,is to worry,right?Not in a bad way,though.That’s why there are women and men in this world,to complement each other.While my sister in-law is a detailed person,soft-spoken,and,graceful.Yes.That’s one of the best words to describe her.She’s so…somewhat ethereal(Whoa!).Hard to think of suitable words,but that’s near.

He and his wife is a living proof of Opposites Attracts.(Is it a good news to me?Hmmmmm…….)

Pakai cincinsweet couple..tahniah!!!Tu anak abg sulung tauuu..heheCouple In Purple

Too many pics of them in my laptop..Menyemak je.Ceyyy.Hahhahaha Takla.Right now,me and my sisters are dealing with the ‘lost’ of him.Selamat Berbahagia,Baib.May Allah guide you in life as a husband.Semoga Bahagia…Semoga semuanya OK..Semoga cepat dapat anak(ooopsss)!Kitorang semua happy untuk Baib..Selamat menempuh alam berumahtangga..It’s not easy(cakap mcm org dah kahwin).Masa kahwin semua OK,semua bahagia,tapi bile dah lame nanti?Pandai-pandai la sekarang ye..dah tak duduk sebumbung ngan Mama,Baba,kitorang semue.Kahwin bukan easy matter.Susah la sket nak cakap “Tade hal laa…”.Kahwin mmg banyak hal.Banyak senang,banyak jugak susah.To be married is one happy event.Tapi macam-macam lagi after kahwin ni.

Ramai orang kata bila dah kahwin,lega.

Padahal,kahwin tu satu permulaan baru.Lega hapekemende?

Baru nak serabut fikiran kott!Haha.Hope you and your wife will always stays in love..Because to fall in love takes long time,but to fall out of it?It can happen in little time.So,semoga Allah berkati perkahwinan korang.

With His will,everything will be true.

Standard
Things, Thoughts

WOW wows me!

WOW(World Of Warcraft) is my current addiction.I’ve played Warcraft since it earlier days.Among many previous Warcraft(s),WOW is the real addictive one.I lose interest very easily,even when playing DOTA.My brother introduced this to me,taught me on some important points on gameplay,which I pick up quite fast and now I enjoy the game.

But what sadden me is the fact that none of my friends play it.But hey,it’s really NOT something unexpected.It’s really hard to find a girl friend who shares this same interest from all of the girls I knew all my life.But I really hope I do.I envied my brother who have a whole bunch of friends in WOW whom he already knew from his workplace/friend of a friend/school/etc.I never will have a friend of mine (from this real world) to play with me.So now I’ve to make virtual friends,players from around the world whom I didn’t know by flesh.Haha that’s not a big deal either,it’s always the same when I play multiplayer/online games,but still I find that playing with real friends makes the gameplay more enjoyable.I’m yet to achieve a reputation as a great WOW player,but I’m working through it.

Anyway,I’m a Lock.Blood-elf warlock in Balnazzar(US realm) playing at the Horde side.WOW is really an experimental game.You can play with any way you want.The time I spent playing The Sims are decreasing.Haha

Standard